Thank you!

She Wrote It

My photo
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
A Personal Wellness Coach who loves Herbalife strawberry shake as healthy breakfast. I've lost 16kgs and improved my skin. I help people to lose weight, gain weight and improve health.

EXTRAVAGANZA IS EXTRAORDINARY!

Bismillah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Memandangkan baru je beberapa aku pulang ke tanah air dari mengikuti international meeting dengan business partners Herbalife yang lain *cewwah ayat* jadi memang nak je mulut dan tangan berkongsi dengan apa yang aku nampak sepanjang 4 hari kat sana. 


Actually nak rasa macam menulis jugak malam ni sebab esok ada sharing extravaganza di kelab kami di C'Heart Wellness 88, jadi mereka mahukan aku sebagai wakil genH untuk berkongsi. so kira macam practise nak sharing esok la ni T_T

eh betul apa. Ingat aku nak berlagak ke or cakap besar ke. Serious okay serious. International meeting dengan business partners (Herbalifers) seramai 23,000 dalam Stadium Impact Challenger, Bangkok. Semua datang dari negara Asia Pasific yang berlainan okay. aku sendiri lupa berapa banyak negara. Terkecuali Korea, India. Sebab negara tersebut sangatlah ramai pengedar Herbalife sampaikan ada Extravaganza asing untuk diorang sahaja. hah. Terkejut? Well that is HERBALIFE!


Aku mula2 datang tu punya lah eksaited gila sebab tak pernah lagi dalam umur duapuluhsatu tahun ni datang ke Bangkok. Itu dah satu hal. Hal keduanya aku sangatlah eksaited nak tengok dengan mata kepala aku sendiri Dr David Heber yang selalu aku tengok je muka dia dalam slides ni yang selalu dilihat pada hari pelanggan. SEBAB DOKTOR NI YANG MEMPERKENALKAN BMI SYSTEM!


aku datang extravaganza actually nak mencari jawapan. Eleh betul ke Herbalife Nutrition ni doctor ni hidup lagi, doctor ni bertauliah, doctor ni ada buat research tentang  nutrition. I wanna find out actually. Lepastu bila aku tgk kat skrin ada muka lelaki ni aku jadi macam separa percaya..


bahawa orangnya benar2 hidup dan sedang bercakap secara langsung memberi taklimat dan penerangan apa itu Cellular Nutrition di hujung pentas sana!

masa ni rasa macam nak lempang pipi berkali2 sebab macam tak percaya di depan aku adalah Dr David Heber! terus ambil shake dalam beg shake yang aku bawak terus bancuh shake minum shake semasa training sedang berjalan. Lepastu dengan bangganya cakap dalam hati "haa, doktor nilah yang dah bancuh shake untuk aku tadi. jadi silalah sihat dengan cepat semua sel badan sekalian!" muahahaha

Slides dari Dr David Heber mmg sumpah buat aku ternganga. dia cerita macam2 ilmu pengetahuan yang baru bagi aku. Yang paling aku ingat dia cakap "asia negara paling tinggi obesiti sebab makanan mereka. Orang asia punya body fat and visceral fat tidak sama dan jauh bezanya bagi penduduk di luar Asia"

Sentap tak orang Asia? hahaha. Silalah bertaubat orang Asia sekalian, our lifestyle is getting worst! -_-

Herbalife is a Global Nutrition Company and the first to be in the world! What more to deny. Dr David Heber ni sendiri disenaraikan top doctor in US, dan beliau jugak yang reka BMI yang kita selalu kira tu. What more to deny? What more?

Dan Dr David Heber juga adalah pengguna kesemua produk Herbalife. KESEMUA OKAY. that means, dia sendiri tanpa ragu2 masukkan nutrition dalam badan dia dan apa yang dia mahu, kita masukkan dalam badan kita juga sama macam dia!

Kesan aku masukkan nutrition Herbalife dalam badan? 
LOST 9KG, IMPROVE ECZEMA OF 20 YEARS SUFFERING, IMPROVE SKIN, SINUSITIS GONE, GAIN 3KG MUSCLE, IMPROVE SHORT SIGHTEDNESS! i loveeeeeee herbalife!

Dalam Extravaganza, aku nampak, orang2 Herbalife sangat bersatu! That moment bila speaker/pengacara majlis tanya "ASIA PASIFIC, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?" lepastu semua dewan bergema dengan satu laungan ya "YESSSS!!!!!" bagi aku, excited di Extravagaza ni sama macam gabungan perlawanan akhir fifa world cup + konsert artis paling terkemuka tanah air. Excited dia MasyaAllah, mmg luar biasa habis! Mustahil lah kalau engkorang datang extravaganza akan duduk atas kerusi je dari awal sampai abis, sebab semua orang dalam stadium sangat energetik!! Sesiapa yang duduk je atas kerusi mesti rasa macam noob giler, takpun rasa macam awkward giler semua org buat macam tu dia seorang tak buat. hahaha


haihh si pendek ni eksaited sangat sampai naik atas seat. ahaks!

aku paling meremang bulu roma sekali bila nampak Herbalife Malaysia sangat kuat memberi laungan! That moment bila music DJ announce one by one country names, Singapore..Taiwan..Macau..Australia..New Zealand..Thailand..Indonesia..Philiphines..Hongkong..etc etc.....and lastly DJ tu cakap "Malaysia Put your hands up!" dan masa tu semangat 6,000 Herbalifers Malaysia bersuara. Dan di saat Jalur Gemilang dengan megahnya berkibar kibar di ruang APAC, aku rasa macam, YaAllah, Herbalife dah mengubah banyak hidup rakyat Malaysia! And that moment, rasa macam nak menitis air mata, akulah diantara insan terpilih yang dipilihNya untuk mengibarkan Jalur Gemilang di persada APAC.
SubhanaAllah. Amazing!



btw, ni aku petik dari insta kak Nurul Wahab (dahulu dikenali sbg Nurul Ajai)
now, she's the PRESIDENT TEAM IN HERBALIFE OKAYY!

Malaysians are the largest Participant in EXTRAVAGANZA 2013!
Well Done Malaysia! Malaysia BOLEH!



Extravaganza is truly an eye-opening event for me. Sebab sebelum ni, aku rasa macam aku sorang je ke yang berpulun pulun, berhempas pulas, berkerja keras, kerja kuat dengan herbalife tapi bila aku datang Extravaganza ni, aku sedar, rupanya aku ni belum bekerja cukup kuat. apalah sangat 'kerja kuat' yang aku rasa sebelum ni. sebab ramai gila orang kat luar sana sedang bekerja lagi kuat dari aku, lagi pulun dari aku, lebih berhempas pulas dari aku. Dan aku sedar, journey aku dalam Herbalife sama sahaja dengan journey orang lain. 

Kalau aku rasa dah cukup susah buat Herbalife, rupanya ada orang lagi susah buat Herbalife kat luar sana.

Kalau aku rasa usia 21 ni sesuai sesuai je aku jadi Supervisor untuk part-time buat Herbalife, ada orang kat luar sana buat Herbalife part time boleh je sampai Get Team.

Kalau aku rasa dah ada dalam comfort zone, aku rasa untuk ubah hidup lebih ramai orang di luar sana aku perlu keluar dari comfort zone!

That moment bila Recognition Active World Team naik atas pentas......raaaaaamai gila orang berlari naik atas pentas. Sejam lah jugak diorang biarkan Active World Team dari Asia Pacific semua berjalan naik atas pentas. Perghhh masa tu menangissss je tengok. Sebab AWT je dah ramai. Kalau World Team agak2 ramai mana? Supervisor pulak sumpah macam air je yang mengisi seluruh stadium impact. PEOPLE ARE RUNNING, AND THEY ARE LEAVING ME BEHIND! sedarlah hoi T_T

Masa tu aku fikir sendiri, kalau aku tak bermula hari ini, sampai bila nak tunggu peluang yang ada diambil oleh orang lain? Sampai bila aku nak mara ke next level? Bila aku nak bahagiakan ibu dan ayah? Bila aku nak pergi umrah? Bila aku nak bina rumah anak yatim macam yang aku impikan? Bila semua impian itu akan terlaksana? Adakah aku nak tunggu suatu masa nanti masa Extravaganza 2015 lah katakan, ada recognition GENH PRESIDENT TEAM, selama satu jam orang naik pentas non stop macam yang aku nampak harini..Adakah aku nak tunggu waktu itu baru nak tersedar dari lamunan? PANGGGG PANGGG  *lempang pipi aku suruh bangun dari tidurrrr*

Menangis lagi dengan diri sendiri yang tidak mahu berubah.. T___________T

Dalam extravaganza, aku nampak satu benda, siapa aku LIMA TAHUN AKAN DATANG. Aku akan menjadi PRESIDENT TEAM selagi mana aku tidak berhenti..dont quit, just keep going! Kita tidak tahu bila Allah nak hantar aku seorang yang sangat serious nak mengubah hidupnya..dan kita tak tahu bila Allah nak hantarkan kita seorang president team buat kita..aku hanya perlu bertahan, mencari dan mencari jawapan, mencari dan bertahan..selagi mana aku tidak berhenti membantu ramai orang ubah hidup mereka..selagi mana aku tak berhenti mengajak orang menjaga nikmat kesihatan yang Allah berikan..aku nampak itu..Sebab yang menjadi President Team itu bukan manusia yang mengalah dengan kekecewaan, manusia yang tak pernah jemu memberi dakwah nutrisi, dan mereka yang tidak mudah kecundang di medan perang. mereka adalah penjihad penjihad yang membawa kebaikan untuk semua orang,  manusia yang tak pernah berputus asa, mengajak orang ke jalan kebaikan..Salah ke nak ajak orang jadi sihat? Kita makan nutrisi, bermaksud kita makan zat. Excuse me, kita bukan makan UBAT! 

EVERY LEVEL IS NOT ABOUT CHANGING THE PIN, EVERY LEVEL IS ABOUT YOU CHANGE YOURSELF TO BECOME A BETTER PERSON! the pin is just an award for u for become the better of you!

maksudnya, aku kena berubah dulu dalam semua perkara kalau aku nak menjadi World Team..dan seterusnya Active World Team tahun ni..ubah diri dulu! Jadi orang luar biasa dulu! 
Ini tak.. masa pun tak pernah tepati, customer pun tak berpuas hati dengan kita, downlines semua aku tak pernah ambil tahu masalah mereka, tolong downline pun taknak, hormat upline pun tidak, asyik membazir masa dengan benda tak berfaedah je, asyik nak mengelamun je..
yang paling penting, tanya diri sendiri, 
adakah hubungan aku dan manusia dah cukup? Adakah HUBUNGAN AKU DAN MAHA PENCIPTA DAH SEMPURNA? 
mintak tolong dengan Allah masa waktu terdesak, lepastu lupakan Dia bila dah senang..
then are you expecting Allah is going to help you? 
Astaghfirullah..berubahlah..

Allahu. Herbalife is all about Islamic Leadership :)



this is my friend from Perlis, Fadhlina namanya. 
World Team umur 22 tahun. she have lost 27kg! Income sebulan RM5000++ dengan buat herbalife part time jsahaja sebab masih belajar! SubhanaAllah. 
Aku terinspired actually dengan Cik Na sebab dalam usia yang muda macam ni, dah pergi umrah dengan duit  Herbalife, beli kereta Honda City untuk ayah dia (seorang peniaga apam balik di pasar tani), dah sara family, bagi duit kat mak ayah, melancong luar negara dengan herbalife tu memang sangatlah banyak! sebab standard Herbalife punya international meeting or vacation memang tak pernah buat dalam Malaysia okay!
Memang aku nak jadi World Team sangat sangat sangat tahun ni sebab aku nak jadi macam dia!
Orangnya sangat luar biasa, semangat tak pernah menjunam, WHY HERBALIFE sangat kuat, positive, kepimpinan terpuji, communication skills superb, sopan, time management perfect!
Itu memang World Team yang dicari.

dan aku sedang berusaha ke arah itu...
T_______T

FOR THINGS TO CHANGE, YOU MUST CHANGE FIRST,
FOR THINGS TO GET BETTER, YOU HAVE TO GET BETTER!
-JIM ROHN-

the best part bila kita pergi EXTRAVAGANZA, kita dapat jumpa tok nenek moyang kita! 
hehehehehe ini part paling aku excited! Sebab aku rasa herbalife family ni serious sangat HARMONI! tak racist, tak perkauman, tak memilih kasih. we are unite under one name! ONE VISION ONE WORLD! =D

I MET MY UP UP UP UP UP UP UPLINE FROM TAIWAN! 

besttt gila. bangga pun ada kami team Taiwan! aherher.

This is Emily & Kein from Taiwan (MILLIONAIRE TEAM)



Dan ini Emily & Kein punya Upline from Taiwan (millionaire team)

Emily and Kein ni aku punya upline ke lima teratas dari aku. So kiranya the chain is like this, Emily&Kein, Bryant, Min Chee, Alice, Ibu, dan seterusnya aku. Dan tak silap aku Bryant ada cakap Upline kepada Emily & Kein ni dah dekat sangat dah dalam berapa level punya downline je dengan Chairman's Club member, Queenie Leung kami! So team kami antara yang terdekat lah dengan Chairman's Club Member dalam Malaysia and selalu sangat dapat special promotion dari Queenie! wehuuu seronokkk!

so sempat jugak aku bergambar dengan amoi amoi sidelines aku dari Taiwan! 

kulit diorang sangaaaaat gebu masyaAllah. ini yang jeles ni sebab kat Taiwan ada F1 shake Cookies And Cream!
tapi bila bergambar dengan diorang yang cantik ni, rasa macam tempias pulak ke aku. Aura cantik tu tertempias je ke muka ni ha walaupun tak berapa nak cantik. hehe.
Sabar, satu masa, kulit aku akan cantik macam depa jugak T_T
*pujuk diri sendiri*

dan aku sempat berkenal-kenalan dnegan rakan sperjuangan yang lain. dari negara lain. 
We are bringing 
THE MISSION OF NUTRITION!







Orang orang yang datang dari negara luar ni semua kami tak pernah kenal antara satu sama lain pun. Tapi dalam hati kami bagaikan ada satu perasaan kasih sayang dan sangat memahami, kami membawa misi yang sama. Orang orang yang datang ke Extravaganza ni aku percaya Allah dah tulis dah, mereka ini adalah orang orang terpilih sahaja. Allah mahu mereka yang datang ini betul betul berubah dan menjalankan misi mulia ini bila pulang ke negara asal. Dahtu kalau bukan kami orang2 terpilih, kenapa masih ada ramai lagi yang tak hadir exteavaganza? Dalam kesemua 40 orang downline aku semua, kenapa aku seorang sahaja yang Allah mahu tunjukkan kepada aku jalan untuk aku berubah? Bukankah Allah lebih tahu, aku lebih layak berubah berbanding mereka? ALLAH KNOWS THE BEST :)

Dan hatiku sangat menangis bila terpandangkan insan ini. Allahu.


Sebenarnya nampak je aku senyum tu bergambar dengan dia. Actually, lepas aku bergambar, aku berpaling je terus berjalan, mata terus berkaca beb! Sentapppp sekejap T__T

Aku tanya pada diri aku,
 apa alasan lagi aku nak beri pada diri sendiri, 
yang aku tak nak buat Herbalife?
Sedangkan aku punyai sepasang kaki yang sempurna, mampu berjalan, mampu berlari lagi.

Apa lagi alasan aku untuk taknak datang ke event,
 semata mata kononnya jauh, takda transport, takda orang hantar,
sedangkan abang ini hanya berpandukan kerusi roda. Tapi Extravaganza tetap dia pergi..

Apa lagi alasan aku untuk buat DMO Fitclub, DMO Booth, DMO Shake Party,
sedangkan aku mampu melakukan semua DMO dengan keadaan yang cukup sifat..
Sedangkan abang ini hanya DMO tertentu sahaja dia boleh lakukan..

YaAllah! 
AKU BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN!


Herbalife is teaching me not only about changing lifestyle, Herbalife totally wants us to change our personal development, the way of thinking, be a better person, grow an Islamic Leadership, and the most important thing is be GRATEFUL! 

okay dah nak menginjak ke subuh. Jom solat hajat, istikharah. Semoga Allah izinkan aku meneruskan perjuangan nutrisi ini. Dan semoga Allah hadirkan aku insan yang benar benar mahu berubah hidupnya menjadi seorang yang lebih baik. Turn back to Allah, no matter how far u have go. Allah is just testing you. All come from HIM, Tq Allah, Tq Herbalife! :)




No comments: