Kenal cikgu azim?
INI DIAAA ORANG LUAR BIASA KOLANERANG!
*standing ovation*
SUBHANAALLAH.
Hebatnya Herbalife!
Aku terpanggil untuk menulis bila mana aku tengah scroll news feed Facebook, then i just spotted Cikgu Azim's latest status. Aku terpanggil untuk membaca status dia yang tulis berjela-jela tu. Aku sentuh link "see more" kat status tu. bila baca sampai habis, nahhhh, air mata turun selaju-lajunya. Tersentap aku dibuatnya. Aku menangis. Aku terimbau kenangan dulu. Allah. Sabarkan aku. :(
Aku tersentap bukan apa. Sebab cikgu Azim setegas-tegasnya tulis dengan caps lock kat situ. OBESITI MEMBUNUH! yes, MEMBUNUH! Allahuakbar.
Masa ni, perkataan KOLESTROL TINGGI, DARAH TINGGI, terus menerpa nerpa masuk dalam hati aku. Killing me softly. Sebab yes, family aku memang berketurunan DARAH TINGGI, KENCING MANIS, MASALAH JANTUNG. Allahuakbar.
Aku menangis pertamanya kerana aku terimbau suatu ketika dulu. Sebab ibu. Yes, ibu memang darah tinggi memang teruk sangat sangat. Memang tak boleh langsung buat ibu susah hati, ibu marah, ibu makan silap, YaAllah memang darah tinggi dia akan menggila. Aku masa tu nak kata kecik lagi takda la kecik sangat, tapi remaja belasan tahun, rasanya dah boleh faham perasaan melihat orang yang kita sayang meronta-ronta macam telur di hujung tanduk YaAllah! Aku ingat lagi, masa tu aku sekolah rendah, ibu memang obesiti memang teruk. Tiba-tiba darah tinggi ibu menggila. Ibu macam rebah nak kena strok. Aku terkedu sorang sorang kat depan pintu. Nak terpa ke arah ibu aku rasa macam Allah, takutnya nak dekat! Aku bagai digamkan ke dinding. tersandar melihat. Aku hanya mampu melihat ibu meronta-ronta menjerit kalimah Allah. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Ibu sedang bertarung dengan kolestrol tinggi! Aku nak bawak ibu ke klinik? mana ada lesen! baru sekolah rendah lagi waktu tu! Aku tersandar di dinding, hanya mampu melihat orang yang paling aku sayang bertarung dengan penyakitnya. YaAllah! Ketika itu aku hanya mampu menangis melihat ibu meronta-ronta menahan sakit. Dalam hati hanya mampu berdoa, YaAllah, selamatkanlah ibu! Jangan kau ambil lagi nyawanya!
Aku menangis ketiganya bila teringatkan tentang ayah. Hah, ini memang merobek hati dan perasaan Aku tak pernah sangka ayah walaupun nampak kurus, jaga makan, banyak makan sayur dan ikan, tapi tiba-tiba terkena heart attack. Allahuakbar. Allah sedang memberi pengajaran kesihatan kepada kami. Dalam disangka-sangka ayah sihat, AYAH DISERANG SAKIT JANTUNG SECARA TIBA TIBA. Masa tu rilek rilek je pepagi semua tengah kalut kalut nak pergi kerja, ayah tengah butangkan kemejanya dan tiba tiba dia sesak nafas. Allahuakbar! Allah Maha Besar! dan ya, aku MELIHAT DENGAN MATA AKU SENDIRI, seorang lagi yang aku sayang bertarung dengan nyawa. Nafas ayah seakan-akan nyawa-nyawa ikan waktu tu. Tak boleh bernafas. Kami semua menerpa ayah. Aku pada masa tu kaku. Tak tau nak buat apa. Dalam waktu tu, apa yang bermain difikiran aku, "YaAllah jangan kau ambil nyawa ayah seawal waktu ini. Aku masih belum membahagiakan mereka"
Aku menangis ketiganya kerana aku tiba tiba teringat apa yang berlaku kepada arwah tok dengan arwah tok wan. Kedua-duanya pergi meninggalkan kami dengan satu nasib yang sama. STROK! Allahuakbar. Semuanya berkaitan jelas dengan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Arwah tok sakit terlantar strok satu badan sampai 2 tahun. Dua tahun itu ibu berhenti kerja. Hidup kami sekeluarga susah sangat masyaAllah. sangat sangat. Sebab hanya bergantung pada ayah yang bekerja. Aku kecik lagi masa tu, baru umur 6 tahun. Tapi kenangan itu Allah benarkan masih jelas lagi aku ingat sampai harini. Betapa seksanya menjaga orang terlantar sakit akibat strok. Allahuakbar. Aku tak ingin lagi perkara itu berulang. Susah sangat sangat waktu tu. Ibu menangis siang malam. Dengan kesempitan duit, dengan menjaga orang sakit yang menelan belanja yang sangat banyak. Sedihnya masyaAllah. Arwah terkena strok sebab makan bihun sup tulang yang sangat tinggi kolestrol. Sedapnya makan bihun sup tulang. Arwah tok pulak ada darah tinggi masa tu, dan serta merta terlantar dua tahun, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap, tak boleh mandi sendiri, tak boleh makan sendiri. Ibu berhenti kerja sebab tak ada orang nak jaga. Kalau ibu kerja jugak, siapa yang nak mandikan? Siapa yang nak masak makanan untuk orang sakit, siapa yang nak pakaikan lampin pakai buang untuk orang sakit? Allahuakbar. Sedih sangat.
(gambar hiasan)
Lepas beberapa tahun arwah tok meninggal dunia, arwah tok wan pulak sakit terlantar. Pun macam tu jugak. Bermula dengan darah tinggi. Terkena strok sebelah badan. Kemudian terlantar. Dari boleh berjalan tempang, kemudian berjalan dengan dengan tongkat, kemudian bila dah tak boleh berdiri, dia berjalan dengan cara mengesot, dan akhirnya tak boleh berjalan langsung, terus terlantar. Semua itu AKU LIHAT DENGAN MATA AKU SENDIRI BETAPA SEKSANYA MENANGGUNG PENYAKIT AKIBAT KOLESTROL TINGGI. Allahuakbar. Allah bagi iktibar kesihatan yang sangat besar buat aku!
SubhanaAllah.
Allahuakbar.
Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Mengasihani.
Aku pernah lalui kehidupan yang sangat mencabar disebabkan penyakit itu. OBESITI. KOLESTROL TINGGI. DARAH TINGGI.
Alhamdulillah.
Allah itu Maha Adil. Allah sedang menulis jalan cerita terbaik buat kami. Allah sedarkan kami tentang kesedaran menjaga kesihatan. Disebabkan aku ada pengalaman yang LUAR BIASA itu, aku MAHU UBAH SELURUH HIDUP KAMI, aku mahu ubah tabiat pemakanan keluarga kami, corak kehidupan kami, gaya hidup kami. Aku masih muda. Aku masih ada dua orang yang tersayang yang masih belum dibahagiakan. AYAH & IBU.
SubhanaAllah. Allah hadirkan hidayah Herbalife dalam keluarga kami :')
ALHAMDULILLAH
Pernah aku bertanya pada ibu "ibu, kenapa Allah bagi kita lambat jumpa Herbalife? Kalau tak, mungkin kita dah boleh selamatkan arwah tok, dengan arwah tok wan."
"Along, jangan salahkan ketentuan Allah. Allah dah tulis, ajal tok dengan tok wan sampai sebab macam tu. Kita jadikan iktibar sebab apa jadi macam tu. Walau sekalipun kita tak dapat selamatkan arwah tok dengan arwah tok wan, tapi kita masih belum terlambat nak selamatkan ahli keluarga kita yang lain. Ibu nak sangat selamatkan ahli keluarga kita yang lain. Jangan kita menyesal tak dapat selamatkan mereka sebab kita tahu, kita boleh membantu mereka dengan nutirisi luar biasa ni. InsyaAllah, dengan izin Allah. At least, kita bagi kesedaran, kita dah jalankan tanggungjawab kita. Nak berubah ke tak nak, itu hak mereka. Kita dah tunjukkan jalan."
WHY HERBALIFE?
Sebab aku tak ingin, aku mengulang kembali sejarah dulu. Sejarah hitam itu. Orang yang kita sayang terlantar sakit akibat lumpuh seluruh badan. SANGAT MENYEDIHKAN. Aku tak ingin penderitaan itu hadir buat kali kedua. Allah tahu betapa susah dan perit nya hidup waktu itu.
"YaAllah, berkatilah perjuangan nutrisi ini. Izinkan kami meneruskan perjuangan ini.
Terima kasih Allah, kerana telah mengubah hidup kami :') "
No comments:
Post a Comment