Thank you!

She Wrote It

My photo
Originally from Sungai Petani; currently in Darul Sunnah
A Personal Wellness Coach who picks Herbalife nutrition as food replacement. I've lost 9kgs and improved my skin. I help people to lose weight, gain weight and improve health.

Dear my strong heart.

Bismillah.


Tak tahu bagaimana nak bermula. Yang aku tahu hanya satu. Jari jemari bergetar ketika menaip. Ya, bergetar dalam seribu satu perkataan yang tak dapat aku bayangkan. Dan aku pilih untuk bermula dengan bait bait kata dari Datuk Siti. 

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu


Ada sesetengah perkara yang aku pilih untuk berdiam diri. Sebab diam itu lebih baik dari berkata-kata. Sebab aku rasa, action speaks louder that words. 

*pejam mata. tarik nafas dalam dalam. hembus*

YaAllah berikan aku jalan terbaik mahu menulis. Berikan aku kata-kata yang berhikmah agar tidak melukakan hati sesiapa. Walaupun pada hakikatnya aku sendiri terluka.
*lap air mata*

Diri kita, kita tak nampak apa yang ada pada diri kita kecuali berdiri di depan cermin bukan? Tapi aku sendiri boleh describe diri aku. Hakikatnya, aku manusia paling panyak suka simpan rahsia, paling suka pendam, paling suka simpan sorang-sorang, ketepikan yang hal peribadi, Yes, you are right. Perempuan yang paling banyak bercakap, dialah paling banyak pendam dalam hati actually. 

hakikatnya aku memang macam ni. Maybe dari kecik, aku dah diasuh sebagai anak sulung, aku memang akan pentingkan orang lain dulu dari diri sendiri. memang akan bersedia mendengar cerita hati orang lain dulu, daripada fikirkan cerita hati aku, memang akan pentingkan perasaan orang lain dulu daripada perasaan aku, memang akan gembirakan hati orang lain dulu daripada gembirakan hati sendiri, dan akan bahagiakan diri orang lain dulu, dari bahagiakan diri sendiri. Only Allah knows what i feel inside.

okay sat. minum shake strawberry dulu. sebab dah mula meleleh ni T_T

Aku bukan jenis tunjuk terang terang, jenis outspoken, jenis kalau aku tak suka aku akan cakap direct. NO. Actually aku jenis simpan dalam dalam, makan hati pun makan sorang-sorang. Yes, memang sharing is caring. Tapi memang aku bukan jenis 'show it directly'. ego tu memang la ada. semua orang ada. Tapi setinggi tinggi ego perempuan, tinggi lagi ego seorang lelaki kan? Tengok ni. nak menulis luahan hati pun still nak jaga hati orang. Kalau orang tu tak rasa apa lagi tak tau la nak kata apa lagi dah.
YaAllah, Only U know what I feel inside.

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan


Setiap hari aku berharap, agar ada yang memahami. Sebab aku sendiri tak mampu nak tanggung. Hari demi hari rasa macam makin parah. Bila sampai satu tahap, aku buat istikharah, i saw 'something'. tapi tak payah nak cerita la kan. Hati aku kuat mengatakan, apa yang aku rasa ini betul. Kalau nak ikut tafsir istikharah pun rasanya cenderung ke arah itu. Tapi Allah masih lagi nak duga aku dengan kesedihan, Allah masih lagi nak uji aku dengan air mata yang asyik nak meleleh. YaAllah jika benar itu ketentuannya, kenapa masih lagi aku diuji dengan satu perasaan yang aku terasa sangat sesak untuk menahan. Aku seorang Hawa, yang diciptakan dari rusuk Adam. Aku cacat tanpa dirinya, kerana tulang rusukku ada padanya. YaAllah, Only U know what I feel inside. 

Ada sampai satu tahap, aku rasa macam nak akhiri penderitaan ni. Yes, selagi aku masih lagi simpan, aku masih lagi sorok apa yang terbuku, selagi itu aku akan berasa bergetar, tahan air mata nak turun lajulaju. Sampai ada satu tahap, aku macam nak straight to the point terus. Tak yah nak pretend to be strong. Tapi Alhamdulillah Allah masih nak selamatklan pride aku sebagai seorang perempuan. Allah terus buat aku tergerak hati nak on lappy, baca post Kak Mel, cari balik kekuatan yang dah hilang bersama air mata malam tu. (cuba bayangkan, baca post Kak Mel sambil teriak laju2 dalam gelap T_T) Terus aku fikir balik, ada hikmah ni Allah tulis jalan cerita aku macam ni. Aku muhasabah diri, kalau aku tak cukup strong, Allah takkan temukan aku dengan Herbalife. Allah takkan buat aku kenal Kak Mel. Allah takkan gerakkan aku baca post Mel. Dan yang paling penting, Allah takkan uji aku sampai macam ni sekali ;') 
Because Allah knows what I feel inside.


"Ya Allah kurniakanlah aku suami yang membawa 

kepada aku kebaikan di dunia dan akhirat, suami yang 

akan menggalas perniagaan Herbalife bersama aku 

sepenuh hati DAN suami yang akan membimbing aku ke

 syurga."

Kak Mel




Awak kena tahu satu benda. Orang yang buat Herbalife adalah mereka-mereka yang never give up. They never see challenges is infront of them, They are very strong. That's why Allah benarkan mereka buat Herbalife. Sebab Allah knows that, they can handle it by themselves (with the help of the continuous Du'a to Allah =))

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi


Aku belajar untuk tenangkan hati aku dengan bersujud di satu pertiga malam. Aku belajar untuk ciumkan dahi aku pada sejadah tatkala semua orang tengah tidur. Sebab aku dah mula rasa, hanya Allah dapat faham apa yang aku rasa. Istikharah really heals me. Tahajjud really cures the heart that hurts. Pernah sekali aku cerita kat Hurairah. Dan aku syukur sangat sangat sangat ada kawan yang memahami macam dia. Memang perempuan sejati lah Hurai =p Thanks Hurai for the times spend :')

"Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik"

Aku cuba untuk positif. Maybe Allah nak aku perbetulkan diri aku dulu. Maybe aku masih belum sempurna untuk dia yang sangat sempurna. I know, I wasn't good enough. Tapi semua orang masih ada chance nak berubah kan? If you wish to have a prince, you yourself should be a princess. MasyaAllah mampukah aku 

Kalau nak cerita hati yang sedih dan terluka tu tak payah cakaplah. Rasanya, semua perempuan akan rasa benda yang sama. Sampai kadang kadang bila sakit hati tu memuncak, syaitan mula la nak hasut.(Tahu syaitan yang hasut,tapi buat jugak T_T) " Sakitkan hati dia balik!" "Dia patut rasa apa yang kau rasa!" "Nah amik kau rasakan"

Lepastu bila tengok balik apa aku buat tu, menyesal pulak. Aku cakap pada diri sendiri. Kau nak expect orang jaga hati kau, kau tak jaga pun hati orang, Menangis lagi. Benci gila jadi perempuan. asyik menangis. YaAllah kau kuatkan hati aku YaAllah. 

Aku bukan menjauhkan diri. Tapi aku menjaga jarak ini, Sebab aku tahu, Allah sedang menjaga aku. Sebab memang itu yang aku minta. Aku memang tak pernah berhenti berdoa, meminta padanya agar aku tak jatuh cinta pada orang yang salah. Agar aku tak semaikan rasa kasih dan sayang aku pada orang yang tak sepatutnya. Aku dah buat kesilapan yang sangat besar dalam hidup aku beberapa tahun dulu. Dan aku tak nak ulangi lagi. Dan kalau boleh memang seseorang yang layak berada di sisi aku suatu hari nanti adalah dia yang Halal bagiku. Aku mencari suami, bukan teman lelaki. Allahu :')

Jauh dari sudut hati kecil aku, aku sedang memendam satu perasaan yang tak dapat digambarkan. That's why aku rasa macam nak tekan button DELETE pada perasaan yang suka ada syak wasangka dan was-was. Aku percaya, kalau Allah dah hadirkan perasaan ini dalam hati aku, Allah akan hadirkan dalam hatinya juga, Cuma masa akan menentukan segalanya. Bersabar, ada ganjaran untuk orang yang bersabar :)

Dah boleh senyum sikit dah ni, Alhamdulillah :))

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta


Hati aku tenggelam dalam perasaan ini. YaAllah fokuskan aku pada perjuangan yang belum selesai. Selamatkan hati aku dari terus hanyut dengan perasaan ini. Memang tak dinafikan, aku sentiasa sibukkan diri dengan benda benda yang boleh buatkan aku alpa seketika dengan perasaan itu. Aku teruskan perjuangan bantu lebih ramai orang kat luar sana, bantu diri aku untuk satu personal development yang sangat luar biasa, bantu kedua ibu bapa aku. Aku tak pernah nak tipu diri aku bila mana diri aku cakap, 'how i miss the old times'. Tipu lah sangat. memang tipu sangat sangat kalau tak re-read, re-stalk, re-view the pictures. sebab dah memang lumrah manusia Allah hadirkan perasaan ini. Tapi aku sedang bantu diri aku untuk bertahan dan bersabar, Because Allah is writing the best story for me ;))

Kadang kadang I've lost my mind, kalau kesabaran tu hilang. MasyaAllah. Kena mute kat twitter tu perkara biasa. Sebab biasala kan, orang yang sedang marah. What do you expect? hewhew

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang


Aku AMAT YAKIN , sekarang adalah masa yang terbaik untuk aku betulkan diri aku. ubah diri aku, Allah sedang bagi aku ruang dan masa untuk jadi the better of me. Dan AKU TAKKAN PERNAH LANGSUNG GIVE UP dengan apa yang aku rasa. Sebab aku sangat sangat dapat rasa kehadiran satu perasaan yang memang luar biasa. Cumanya aku kena ada tempat untuk berteduh, tempat untuk mengadu, tempat untuk aku linangkan air mata kesedihan tatkala masih disakiti. 


Lantas ku pendam,
Kuputuskan biarlah rahsia..



Aku cuma ada Allah. Dia tempat yang paling terbaik aku mohon pertolongan, ketenangan, ceritakan kesedihan, memberikan luahan. Semoga apa yang aku rasa ini bukan mainan syaitan dan Allah akan sentiasa bantu hati aku jadi labih kuat :')) 

pejam mata. tarik nafas. lepas.

Aku akan teruskan belari, mengejar impian dan cita aku, dan bila tiba saatnya Allah mahu aku terima kehadiran seorang imam, aku akan terima. Aku nak sangat jadi permata yang sangat cantik dan tinggi nilai harganya :')



"Dear the other half.
Saya tunggu sampai satu saat, Allah temukan kita kembali dan waktu tu kita betul betul bersedia.
Dan kalau awak betul tercipta buat saya, awak akan datang cari saya,
 jumpa ibu bapa saya, 
persembahkan cincin belah rotan buat saya
 dan jadikan saya permaisuri yang halal buat awak. 
Saya tunggu waktu itu.
dan apa yang saya boleh katakan hanya satu,
Saya berserah sepenuhnya kepada Allah untuk tentukan segalanya :') "