Thank you!

She Wrote It

My photo
Originally from Sungai Petani; currently in Darul Sunnah
A Personal Wellness Coach who picks Herbalife nutrition as food replacement. I've lost 9kgs and improved my skin. I help people to lose weight, gain weight and improve health.

The Power of Istikharah

Bismillah.

HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?
(mood strawberry shake je skarang ni)

HAVE YOU HAD YOUR ISTIKHARAH TODAY?
HAVE YOU ASK ALLAH FOR THE BEST CHOICE TODAY?
HAVE YOU SETTLE WHAT ALLAH ASK YOU TO DO EVERYDAY?

okay good girl....(when you say YES, soon when you read. kalau fikir lama2 nak jawab yes tu tak berapa nak good. ehhe)

*goncang shake straberry sambil menaip*

Have you ever been in a dilemma, of choosing what's the best for you, the best in yourlife? Rasa perlu buat keputusan yang terbesar, tapi takut, kalau kalau akan menyakiti kita, merosakkan kita, memudaratkan kita, atau membawa keburukan kepada kita.. eleh macam tak pernah, masa nak buat decision, macam2 datang dalam kepala. "macam mana kalau....takutla nanti.....tak sure laa...." ayat stereotype je semua ni. Lepastu fikir punyalah fikir sampai berhari-hari nak buat keputusan, ada yang sampai bertahun-tahun. Kalau dah lama sangat pulak nak buat keputusan, pernah terfikir tak, maybe bila kita buat keputusan dengan cara lambat tu, akan memudaratkan orang lain pulak?

selalu orang akan ingat buat istikharah ni mmg untuk pilih jodoh nak kahwin je. Laaa, nak kawin je ke nak mintak tolong Allah tunjuk yang terbaik buat kita? Habis tu yang sebelum2 ni awak mintak tolong siapa mintak tolong tunjukkan jalan? Wallahualam.

Rasulullah SAW bersabda: 

“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Ibu selalu sangatkan ingatkan aku untuk selaku buat Istikharah.. Sebab Ibu cakap, "u can never feel the peace of choosing the right choice when you ask Allah making the best decision in you"

So aku pun mmg nak taknak ikut je cakap ibu. Apa lah salahnya buat Istikharah.  Minta Allah tunjukkan seluas-luasnya kepada kita jalan terbaik buat kita. Allah kan Maha Mengetehui :)

Okay actually aku takda lah terer mana pun bab bab ni tapi boleh lah sikit, belajar dan belajar, ceramah tazkirah demi tazkirah, membaca dan membaca, dapat lah sikit kumpul2. Untuk amalan diri sendiri. Kalau diri sendiri tak buat, ada pulak orang lain nak tolong buat untuk kita?  Umur pun meningkat, apa kata belajar menjadi lebih dewasa, fikir lebih matang, takda asyik nak berfoya-foya. Nak kemana sebenarnya? 

"Apabila seseorang kamu berkehendak melakukan sesuatu, hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (sembahyang dua rakaat) selain daripada sembahyang fardhu."

Rasa macam nak share apa yang berlaku dalam hidup aku kesan dari Istikharah yang pernah aku buat sebelum ni. Wallahualam. These are my biggest things that happen in my life disebabkan istikharah. Semoga Allah redhai..

1) Jadi Cikgu

sebelum masuk ke IPG,  aku adalah salah seorang pelajar Diploma Bangunan di UiTm Sri Iskandar. Memang dari kecik, aku ada minat nak jadi interior designer and architecture. So, thats why aku mintak Dip in Building, and aku dapat. Sebulan lebih jugak aku kat sana. Belajar design building, autocad, technical drawings, and semua punya achitecture base. Tup tup satu hari dapat panggilan telefon dari Kementerian Pendidikan "Cik Siti Anis Athirah Bux ke? Saya dari Kementerian Pendidikan, Saya nak memaklumkan cik telah ditawarkan masuk ke Institut Perguruan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan-TESL. Boleh saya dapatkan pengesahan penenerimaan tawaran cik sebelum esok. Cik kena buat pengesahan di Laman Web Kementerian ye. Lusa adalah hari pendaftaran" Haa lebih kurang macam tulah operator tu telefon aku. speechless baq hang. Macam2 main dalam otak aku. Bercelaru beb! Nak jadi cikgu ke nak jadi interior design?

Telan air liur jugak aku masa tu. Gila hapa. Dah sebulan kot masuk UiTM. banyak gila duit dah habis. Beli alatan semua. drawing set je dah beratus, belum masuk drawing board, sketching pen, yuran amenda, kelab itu kelab ini, bla bla bla nak dekat ribu dah habis, Gila tak gila. Elok lepas tu je aku terus nangis2 call ibu, "sorry ibu, along takleh nak ikut cakap ibu. memang la masuk maktab amat menyenangkan, dapat elaun, cuti cukup, kerja jamin. Tapi, ni ha takkan nak bazirkan segala apa yang dah terbazir ni. Kita bukan orang senang. Ayah n ibu dah banyak habiskan duit utk along kat sini. Biar lah along jadi ID pun"

Sumpah masa tu sress gila bagai nak rak. Ibu rileks je cakap, "along, hari pendaftaran tu esok lusa je. Macam nilah, along balik bilik, pergi buat istikharah. Kosongkan jiwa, mohon Allah bantu tunjuk jalan terbaik untuk Along. Ni kerjaya Along, masa depan along, ibu ngn ayah tak paksa. Pergi tanya Allah, Dia lebih mengetahui" 

Aku pun malam tu menangis bagai nak rak sebab nak kena tinggal uitm. aku lepaskan habis2 kesedihan kalau betul2 aku kena tinggalkan uitm. Pastu aku tidur malam tu. Pukul 2 pagi aku bangun, setel istikharah. Rileks sangat. Serious rasa tenang! Pastu tidur macam biasa. Pagi esok tu aku call ibu dengan satu jawapan "Along rasa along dah bersedia nak jadi cikgu" ibu ucap syukur yang tak terhingga. Terus esok tu ayah n ibu datang amik aku kat uitm dengan barang2 aku. SENANG GILA! MasyaAllah.

Dalam perjalanan nak balik rumah, ibu tanya, apa yang membuatkan aku rasa redha nak masuk maktab? aku jawab simple je "entah. tapi rasa hati kuat sebelah untuk pilih masuk maktab. along tak mimpi pun ibu? betul ke ni?" "maybe Allah dah tunjukkan mimpi tu melalui mimpi ibu..Alhamdulillah" 

Rupanya ibu yang bermimpi. Malam yang sama aku buat istikharah. ibu pun turut sama buat. Ayah pun sama. Ibu cakap dia mohon Allah permudahkan urusan masa depan anak dia. Pergh aku tacing tu tayah cakap la. T___T. Malam tu jugak, ibu mimpi something yang sangat pelilk. Ibu mimpi jalan depan rumah, pastu ibu nampak ada banyak buah delima yang berguguran..buah2 tu semua dah masak, layu, kira macam dah buruk..pastu tiba2 ibu ternampak ada satu buah ni sangat cantik lagi, masak ranum, merekah-rekah je buah delima tu, nampak macam sedap sangat nak makan, pastu ibu kutip, masa ibu kutip pegang tu la mimpi tu terputus sebab terjaga dari tidur. -_________- potong betul

Pastu pagi tu, ibu dapat call dari aku cakap aku pilih nak masuk maktab. Patutlah aku dengar ibu ucap syukur Alhamdulillah sayup sayup kat dalam telefon..Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya..Sampai sekarang, aku berada di tahun KETIGA Ipg Kampus Perlis. 2 years to go nak jadi cikgu. yay! 

2) Buat Herbalife Part Time

Aku adalah manusia yang sangat skeptikal dengan MLM before this. So, bila aku tahu Herbalife adalah MLM, aku jadi macam takleh nak terima hakikat, company yang sangat best ni MLM rupanya. Aku nampak dengan jelas semua nya pasal Herbalife bila balik dari ZeroTo Hero Gambang Edisi 9 (Nov2012) . Aku nampak peluang sebesar-besarnya dalam Herbalife. Dan aku nampak satu benda, aku boleh tolong orang ubah hidup mereka, dan secara tak langsung aku sendiri mampu ubah hidup aku. Aku nampak sendiri, buat herbalife part time part time je mmg boleh jana income sampai beribu beriban. Orang yang business minded macam aku mmg suka buat bisnes part time. Tanyalah, bisnes apa yang pernah aku buat? Alah, student dengan bisnes part time mmg takleh dipisahkan betul tak? 

Memandangkan ibu aku sendiri upline aku sekarang, takkan aku taknak buat bisnes lagi. Aku bukan saja boleh tolong ibu dapat income dia dengan menjadi downline yang rajin, tapi aku jugak boleh bentuk satu business family yang sangat luar biasa. Empayar Herbalife untuk keluarga kami. Mana tahu, family aku jadi macam family Uncle Allen 1 hari nanti? Tapi ada 1 benda yang ganggu fikiran aku, study aku macam mana? Buat Herbalife kena fokus gila2..kena ada komitmen yang luar biasa..kena ada masa..aku mana ada kereta..macam mana nak buat Herbalife? (sempit gila pemikiran waktu tu)

Masa mula2 pembabitan aku dan ibu, ayah adalah musuh utama aku dalam Herbalife. Ayah lah manusia yang paling benci Herbalife, tengok products Herbalife pun taknak. apatah pulak nak minum shake, Tambah2 dengan aku ke sana ke sini balik lewat pergi buat booth la, pergi shake party la, dia cakap sikit2 herbalife, sikit2 bisnes, kat rumah ni ada apa? Sedih sangat waktu tu. Allah je faham perasaan aku. Aku menangis kat Allah, betul ke jalan yang aku pilih nak buat Herbalife ni. Macam mana aku nak buat Herbalife kalau ayah tak benarkan. Nak jadi anak derhaka ke? 

Aku mula menangis kat Allah. Sebab dugaan paling besar aku nak terus kukuh dan bertahan dalam Herbalife adalah ayah. Allah, sedihnya tak yah cakap. Aku start buat istikharah bila aku mula rasa 50-50 nak teruskan. Aku mintak Allah bantu aku tunjukkan satu jalan, kalaulah dengan buat Herbalife aku mampu ubah seluruh hidup aku, ubah perangai aku jadi lebih baik, ubah lifestyle kami, dan kalaulah dengan Herbalife aku dapat tolong ringankan beban pendapatan ayah ibu. Aku anak sulung, aku perlu tindakan tepat. Sebab semua dalam tangan aku. 

Dalam hati aku redha je kalau Allah cakap "Kau takyah buat Herbalife, pergi belajar rajin2. nanti jadi cikgu kau dah mampu buat ayah ibu kau tersenyum" . Aku redha je apa yang Allah nak tunjuk. Tapi Allahuakbar, lagi aku mintak Allah tunjukkan jalan terbaik, lagi rezeki aku dalam Herbalife semakin melimpah-limpah. Sungguh! Dan aku semakin selesa dengan Herbalife. Dan aku pun teruskan. Aku dapat rasakan sendiri, Allah redhakan perjuangan aku dalam Herbalife. Sebab aku mintak kat Allah, nak tolong family2 yang terdekat dulu. yang perlukan bantuan aku. Terus Allah hantarkan aku Pak Njang aku (sekarang Qualified Producer), aku mintak lagi, aku dapat ramai cousin2 yang ingin berubah dengan nutrisi Herbalife. SubhanaAllah. Allah sedang tunjukkan jalan. So, i choose to stay :)

3) Pergi Extravaganza

Orang yang berjiwa Herbalife, dah tentu darah hijau akan mengalir.  So, kalau dah namanya darah hijau mengalir dalam tubuh, EVENT HERBALIFE memang takleh tinggal. Sebab dari Event ke Event lah aku perasan aku grow, menjadi orang yang lebih baik dan menjadi 'the new me'. 

Extravaganza bagi aku bagi orang orang yang serious nak buat Herbalife sampai ke akhir hayat mereka. Tak kisah la secara part time or full time. Aku excited sangat nak pergi Extravaganza. Aku nak tengok dengan mata dengan mata sendiri, Siapa Michael O' Johnson, siapa dr David Heber, Siapa Susan Peterson, apa yang ada kat extravaganza sampai orang boleh berjaya sampai TERubah hidup mereka. Aku nak sangat!! 

Tapi kekangan satu benda yang buat aku susah hati. Extravaganza akan habis Ahad. Hari Isnin dah start kelas ohoiii. Takkan nak skip kelas wei? Aku taknak skip kelas semata-mata pergi event. Aku taknak orang cakap "buat herbalife sampai kena ponteng kelas" "takut nak buat bisnes herbalife sebab mesti akan ponteng kelas macam dia". I am the leader. So i have to lead by example. Memang boleh je, nak naik flight dari Bangkok hari ahad tu jugak, so sampai Penang Airport pukul 12.30 tengah malam. dah tu aku nak balik perlis naik apa pulak tengah malam T____T 

So aku keep calm je. Aku keep on istikharah. mintak tolong Allah tunjukkan jalan. Macam mana nanti. nak ponteng kelas satu hari atau tidak, Kalau aku rush balik perlis jugak Ahad mlm tu nampaknya aku kena mnyusahkan ayah pergi ambil aku kat penang, patah balik hantar aku ke perlis, pastu patah balik semula ke sp. Kesiannya kat ayah. dia tak tidur lah macam tu. Dahla esok tu kerja. Allahu. Sukarnya nak buat keputusan.

So aku rileks rilek rilek. Istikharah banyak kali. Rasa tu macam okey je nak skip kelas satu hari. uish, biar betul Allah benarkan aku skip kelas. aherherher. Aku pun tak tahu kenapa, tapi bila lagi dua hari nak pergi tu, aku tak rasa macam nak beli tiket flight untuk balik ke Malaysia hari ahad malam nanti macam yang aku plan. Serious aku rasa confident nak skip kelas. Aku pun cakap jelah kat diri sendiri, "mm kalau Allah sendiri dah tentukan yang aku skip kelas satu hari hari isnin tu m adalah yang terbaik buat aku, so, I shoudnt worry! :))"  hehehehe.

so nak dijadikan cerita macam mana aku terpaksa skip jugak kelas hari isnin tu, adalah... jeng jeng jeng..pakej penerbangan kitorang satu team untuk ke Bangkok telah ditipu! wakakakaka. Cilakoii punya HASROL MAT SAAD (sekarang dah ditangkap masuk jel dah padan muka hang). hahahaa. Tapi alhamdulillah disebabkan ada agent penipu macam ni kami terpaksa travel 18jam pakai jalan darat. kahkahkah. what an unforgettable moment!

So, macam mana pulak aku skip kelas? aku skip kelas lah jugak hari isnin tu sebab TAB TEAM kami cakap, Hari Isnin semua orang sila ambil cuti, kita akan pergi buat group punya report polis. So, aku ponteng hari isnin tu sebab nak setel report polis nak tangkap si penjahat gemuk tu. So aku ada sebab yang kukuh lah jugak kalau lecturer tanya kenapa skip kelas, walaupun takda mc.

Cantikkan Allah susun? 

Sebenarnya Allah nak je kita rendahkan ego, untuk sujud padaNya, minta padaNya dalam keadaan susah senang. Jangan waktu susah je mintak tolong Allah, bila dah senang terus lupa. Allah pinjamkan kesenanganNya , kebahagianNya, sementara saja untuk kita. nak test lah jap Bux bunny ni pesen bersyukur ke tak dengan apa yang Aku beri padanya.

Actually banyak lagi istikharah yang aku dah buat, and Alhamdulillah aku bertemu jawapan. InsyaAllah yang Allah temukan ni adalah yang terbaik. Walaupun hati kita rasa ragu2 tapi ingat je balik "Aku kan dah buat istikharah, percaya jelah apa yang Allah hantar ni sebagai jawapannya. Allah cakap ni je terbaik untuk aku. Tak yah ingkat, ikut je. InsyaAllah"

Tapi kena ingat, nak buat Istikharah kena betul2 tenang and fokus. Hati jangan ragu2 atau was was. Sebab lepas istikharah ni Allah akan selalunya bagi ujian, nak test kita ni betul2 redha ke tidak apa yang Allah nak takdirkan tu. So, berhati-hati dengan sekeliling. Jangan terikutkan hati sangat.



Peka je dengan apa yang Allah nak tunjuk. Tak semestinya Dia nak tunjuk dalam mimpi. tapi kebiasaannya melalui mimpi lah. Tapi ada jugak melalui permudah urusan, ikut gerak hati, kecenderungan otak, atau apa apa sahaja petunjuk. InsyaAllah, percaya je dengan Allah :)





EXTRAVAGANZA IS EXTRAORDINARY!

Bismillah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Memandangkan baru je beberapa aku pulang ke tanah air dari mengikuti international meeting dengan business partners Herbalife yang lain *cewwah ayat* jadi memang nak je mulut dan tangan berkongsi dengan apa yang aku nampak sepanjang 4 hari kat sana. 


Actually nak rasa macam menulis jugak malam ni sebab esok ada sharing extravaganza di kelab kami di C'Heart Wellness 88, jadi mereka mahukan aku sebagai wakil genH untuk berkongsi. so kira macam practise nak sharing esok la ni T_T

eh betul apa. Ingat aku nak berlagak ke or cakap besar ke. Serious okay serious. International meeting dengan business partners (Herbalifers) seramai 23,000 dalam Stadium Impact Challenger, Bangkok. Semua datang dari negara Asia Pasific yang berlainan okay. aku sendiri lupa berapa banyak negara. Terkecuali Korea, India. Sebab negara tersebut sangatlah ramai pengedar Herbalife sampaikan ada Extravaganza asing untuk diorang sahaja. hah. Terkejut? Well that is HERBALIFE!


Aku mula2 datang tu punya lah eksaited gila sebab tak pernah lagi dalam umur duapuluhsatu tahun ni datang ke Bangkok. Itu dah satu hal. Hal keduanya aku sangatlah eksaited nak tengok dengan mata kepala aku sendiri Dr David Heber yang selalu aku tengok je muka dia dalam slides ni yang selalu dilihat pada hari pelanggan. SEBAB DOKTOR NI YANG MEMPERKENALKAN BMI SYSTEM!


aku datang extravaganza actually nak mencari jawapan. Eleh betul ke Herbalife Nutrition ni doctor ni hidup lagi, doctor ni bertauliah, doctor ni ada buat research tentang  nutrition. I wanna find out actually. Lepastu bila aku tgk kat skrin ada muka lelaki ni aku jadi macam separa percaya..


bahawa orangnya benar2 hidup dan sedang bercakap secara langsung memberi taklimat dan penerangan apa itu Cellular Nutrition di hujung pentas sana!

masa ni rasa macam nak lempang pipi berkali2 sebab macam tak percaya di depan aku adalah Dr David Heber! terus ambil shake dalam beg shake yang aku bawak terus bancuh shake minum shake semasa training sedang berjalan. Lepastu dengan bangganya cakap dalam hati "haa, doktor nilah yang dah bancuh shake untuk aku tadi. jadi silalah sihat dengan cepat semua sel badan sekalian!" muahahaha

Slides dari Dr David Heber mmg sumpah buat aku ternganga. dia cerita macam2 ilmu pengetahuan yang baru bagi aku. Yang paling aku ingat dia cakap "asia negara paling tinggi obesiti sebab makanan mereka. Orang asia punya body fat and visceral fat tidak sama dan jauh bezanya bagi penduduk di luar Asia"

Sentap tak orang Asia? hahaha. Silalah bertaubat orang Asia sekalian, our lifestyle is getting worst! -_-

Herbalife is a Global Nutrition Company and the first to be in the world! What more to deny. Dr David Heber ni sendiri disenaraikan top doctor in US, dan beliau jugak yang reka BMI yang kita selalu kira tu. What more to deny? What more?

Dan Dr David Heber juga adalah pengguna kesemua produk Herbalife. KESEMUA OKAY. that means, dia sendiri tanpa ragu2 masukkan nutrition dalam badan dia dan apa yang dia mahu, kita masukkan dalam badan kita juga sama macam dia!

Kesan aku masukkan nutrition Herbalife dalam badan? 
LOST 9KG, IMPROVE ECZEMA OF 20 YEARS SUFFERING, IMPROVE SKIN, SINUSITIS GONE, GAIN 3KG MUSCLE, IMPROVE SHORT SIGHTEDNESS! i loveeeeeee herbalife!

Dalam Extravaganza, aku nampak, orang2 Herbalife sangat bersatu! That moment bila speaker/pengacara majlis tanya "ASIA PASIFIC, HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY?" lepastu semua dewan bergema dengan satu laungan ya "YESSSS!!!!!" bagi aku, excited di Extravagaza ni sama macam gabungan perlawanan akhir fifa world cup + konsert artis paling terkemuka tanah air. Excited dia MasyaAllah, mmg luar biasa habis! Mustahil lah kalau engkorang datang extravaganza akan duduk atas kerusi je dari awal sampai abis, sebab semua orang dalam stadium sangat energetik!! Sesiapa yang duduk je atas kerusi mesti rasa macam noob giler, takpun rasa macam awkward giler semua org buat macam tu dia seorang tak buat. hahaha


haihh si pendek ni eksaited sangat sampai naik atas seat. ahaks!

aku paling meremang bulu roma sekali bila nampak Herbalife Malaysia sangat kuat memberi laungan! That moment bila music DJ announce one by one country names, Singapore..Taiwan..Macau..Australia..New Zealand..Thailand..Indonesia..Philiphines..Hongkong..etc etc.....and lastly DJ tu cakap "Malaysia Put your hands up!" dan masa tu semangat 6,000 Herbalifers Malaysia bersuara. Dan di saat Jalur Gemilang dengan megahnya berkibar kibar di ruang APAC, aku rasa macam, YaAllah, Herbalife dah mengubah banyak hidup rakyat Malaysia! And that moment, rasa macam nak menitis air mata, akulah diantara insan terpilih yang dipilihNya untuk mengibarkan Jalur Gemilang di persada APAC.
SubhanaAllah. Amazing!



btw, ni aku petik dari insta kak Nurul Wahab (dahulu dikenali sbg Nurul Ajai)
now, she's the PRESIDENT TEAM IN HERBALIFE OKAYY!

Malaysians are the largest Participant in EXTRAVAGANZA 2013!
Well Done Malaysia! Malaysia BOLEH!



Extravaganza is truly an eye-opening event for me. Sebab sebelum ni, aku rasa macam aku sorang je ke yang berpulun pulun, berhempas pulas, berkerja keras, kerja kuat dengan herbalife tapi bila aku datang Extravaganza ni, aku sedar, rupanya aku ni belum bekerja cukup kuat. apalah sangat 'kerja kuat' yang aku rasa sebelum ni. sebab ramai gila orang kat luar sana sedang bekerja lagi kuat dari aku, lagi pulun dari aku, lebih berhempas pulas dari aku. Dan aku sedar, journey aku dalam Herbalife sama sahaja dengan journey orang lain. 

Kalau aku rasa dah cukup susah buat Herbalife, rupanya ada orang lagi susah buat Herbalife kat luar sana.

Kalau aku rasa usia 21 ni sesuai sesuai je aku jadi Supervisor untuk part-time buat Herbalife, ada orang kat luar sana buat Herbalife part time boleh je sampai Get Team.

Kalau aku rasa dah ada dalam comfort zone, aku rasa untuk ubah hidup lebih ramai orang di luar sana aku perlu keluar dari comfort zone!

That moment bila Recognition Active World Team naik atas pentas......raaaaaamai gila orang berlari naik atas pentas. Sejam lah jugak diorang biarkan Active World Team dari Asia Pacific semua berjalan naik atas pentas. Perghhh masa tu menangissss je tengok. Sebab AWT je dah ramai. Kalau World Team agak2 ramai mana? Supervisor pulak sumpah macam air je yang mengisi seluruh stadium impact. PEOPLE ARE RUNNING, AND THEY ARE LEAVING ME BEHIND! sedarlah hoi T_T

Masa tu aku fikir sendiri, kalau aku tak bermula hari ini, sampai bila nak tunggu peluang yang ada diambil oleh orang lain? Sampai bila aku nak mara ke next level? Bila aku nak bahagiakan ibu dan ayah? Bila aku nak pergi umrah? Bila aku nak bina rumah anak yatim macam yang aku impikan? Bila semua impian itu akan terlaksana? Adakah aku nak tunggu suatu masa nanti masa Extravaganza 2015 lah katakan, ada recognition GENH PRESIDENT TEAM, selama satu jam orang naik pentas non stop macam yang aku nampak harini..Adakah aku nak tunggu waktu itu baru nak tersedar dari lamunan? PANGGGG PANGGG  *lempang pipi aku suruh bangun dari tidurrrr*

Menangis lagi dengan diri sendiri yang tidak mahu berubah.. T___________T

Dalam extravaganza, aku nampak satu benda, siapa aku LIMA TAHUN AKAN DATANG. Aku akan menjadi PRESIDENT TEAM selagi mana aku tidak berhenti..dont quit, just keep going! Kita tidak tahu bila Allah nak hantar aku seorang yang sangat serious nak mengubah hidupnya..dan kita tak tahu bila Allah nak hantarkan kita seorang president team buat kita..aku hanya perlu bertahan, mencari dan mencari jawapan, mencari dan bertahan..selagi mana aku tidak berhenti membantu ramai orang ubah hidup mereka..selagi mana aku tak berhenti mengajak orang menjaga nikmat kesihatan yang Allah berikan..aku nampak itu..Sebab yang menjadi President Team itu bukan manusia yang mengalah dengan kekecewaan, manusia yang tak pernah jemu memberi dakwah nutrisi, dan mereka yang tidak mudah kecundang di medan perang. mereka adalah penjihad penjihad yang membawa kebaikan untuk semua orang,  manusia yang tak pernah berputus asa, mengajak orang ke jalan kebaikan..Salah ke nak ajak orang jadi sihat? Kita makan nutrisi, bermaksud kita makan zat. Excuse me, kita bukan makan UBAT! 

EVERY LEVEL IS NOT ABOUT CHANGING THE PIN, EVERY LEVEL IS ABOUT YOU CHANGE YOURSELF TO BECOME A BETTER PERSON! the pin is just an award for u for become the better of you!

maksudnya, aku kena berubah dulu dalam semua perkara kalau aku nak menjadi World Team..dan seterusnya Active World Team tahun ni..ubah diri dulu! Jadi orang luar biasa dulu! 
Ini tak.. masa pun tak pernah tepati, customer pun tak berpuas hati dengan kita, downlines semua aku tak pernah ambil tahu masalah mereka, tolong downline pun taknak, hormat upline pun tidak, asyik membazir masa dengan benda tak berfaedah je, asyik nak mengelamun je..
yang paling penting, tanya diri sendiri, 
adakah hubungan aku dan manusia dah cukup? Adakah HUBUNGAN AKU DAN MAHA PENCIPTA DAH SEMPURNA? 
mintak tolong dengan Allah masa waktu terdesak, lepastu lupakan Dia bila dah senang..
then are you expecting Allah is going to help you? 
Astaghfirullah..berubahlah..

Allahu. Herbalife is all about Islamic Leadership :)



this is my friend from Perlis, Fadhlina namanya. 
World Team umur 22 tahun. she have lost 27kg! Income sebulan RM5000++ dengan buat herbalife part time jsahaja sebab masih belajar! SubhanaAllah. 
Aku terinspired actually dengan Cik Na sebab dalam usia yang muda macam ni, dah pergi umrah dengan duit  Herbalife, beli kereta Honda City untuk ayah dia (seorang peniaga apam balik di pasar tani), dah sara family, bagi duit kat mak ayah, melancong luar negara dengan herbalife tu memang sangatlah banyak! sebab standard Herbalife punya international meeting or vacation memang tak pernah buat dalam Malaysia okay!
Memang aku nak jadi World Team sangat sangat sangat tahun ni sebab aku nak jadi macam dia!
Orangnya sangat luar biasa, semangat tak pernah menjunam, WHY HERBALIFE sangat kuat, positive, kepimpinan terpuji, communication skills superb, sopan, time management perfect!
Itu memang World Team yang dicari.

dan aku sedang berusaha ke arah itu...
T_______T

FOR THINGS TO CHANGE, YOU MUST CHANGE FIRST,
FOR THINGS TO GET BETTER, YOU HAVE TO GET BETTER!
-JIM ROHN-

the best part bila kita pergi EXTRAVAGANZA, kita dapat jumpa tok nenek moyang kita! 
hehehehehe ini part paling aku excited! Sebab aku rasa herbalife family ni serious sangat HARMONI! tak racist, tak perkauman, tak memilih kasih. we are unite under one name! ONE VISION ONE WORLD! =D

I MET MY UP UP UP UP UP UP UPLINE FROM TAIWAN! 

besttt gila. bangga pun ada kami team Taiwan! aherher.

This is Emily & Kein from Taiwan (MILLIONAIRE TEAM)



Dan ini Emily & Kein punya Upline from Taiwan (millionaire team)

Emily and Kein ni aku punya upline ke lima teratas dari aku. So kiranya the chain is like this, Emily&Kein, Bryant, Min Chee, Alice, Ibu, dan seterusnya aku. Dan tak silap aku Bryant ada cakap Upline kepada Emily & Kein ni dah dekat sangat dah dalam berapa level punya downline je dengan Chairman's Club member, Queenie Leung kami! So team kami antara yang terdekat lah dengan Chairman's Club Member dalam Malaysia and selalu sangat dapat special promotion dari Queenie! wehuuu seronokkk!

so sempat jugak aku bergambar dengan amoi amoi sidelines aku dari Taiwan! 

kulit diorang sangaaaaat gebu masyaAllah. ini yang jeles ni sebab kat Taiwan ada F1 shake Cookies And Cream!
tapi bila bergambar dengan diorang yang cantik ni, rasa macam tempias pulak ke aku. Aura cantik tu tertempias je ke muka ni ha walaupun tak berapa nak cantik. hehe.
Sabar, satu masa, kulit aku akan cantik macam depa jugak T_T
*pujuk diri sendiri*

dan aku sempat berkenal-kenalan dnegan rakan sperjuangan yang lain. dari negara lain. 
We are bringing 
THE MISSION OF NUTRITION!







Orang orang yang datang dari negara luar ni semua kami tak pernah kenal antara satu sama lain pun. Tapi dalam hati kami bagaikan ada satu perasaan kasih sayang dan sangat memahami, kami membawa misi yang sama. Orang orang yang datang ke Extravaganza ni aku percaya Allah dah tulis dah, mereka ini adalah orang orang terpilih sahaja. Allah mahu mereka yang datang ini betul betul berubah dan menjalankan misi mulia ini bila pulang ke negara asal. Dahtu kalau bukan kami orang2 terpilih, kenapa masih ada ramai lagi yang tak hadir exteavaganza? Dalam kesemua 40 orang downline aku semua, kenapa aku seorang sahaja yang Allah mahu tunjukkan kepada aku jalan untuk aku berubah? Bukankah Allah lebih tahu, aku lebih layak berubah berbanding mereka? ALLAH KNOWS THE BEST :)

Dan hatiku sangat menangis bila terpandangkan insan ini. Allahu.


Sebenarnya nampak je aku senyum tu bergambar dengan dia. Actually, lepas aku bergambar, aku berpaling je terus berjalan, mata terus berkaca beb! Sentapppp sekejap T__T

Aku tanya pada diri aku,
 apa alasan lagi aku nak beri pada diri sendiri, 
yang aku tak nak buat Herbalife?
Sedangkan aku punyai sepasang kaki yang sempurna, mampu berjalan, mampu berlari lagi.

Apa lagi alasan aku untuk taknak datang ke event,
 semata mata kononnya jauh, takda transport, takda orang hantar,
sedangkan abang ini hanya berpandukan kerusi roda. Tapi Extravaganza tetap dia pergi..

Apa lagi alasan aku untuk buat DMO Fitclub, DMO Booth, DMO Shake Party,
sedangkan aku mampu melakukan semua DMO dengan keadaan yang cukup sifat..
Sedangkan abang ini hanya DMO tertentu sahaja dia boleh lakukan..

YaAllah! 
AKU BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ENGKAU BERIKAN!


Herbalife is teaching me not only about changing lifestyle, Herbalife totally wants us to change our personal development, the way of thinking, be a better person, grow an Islamic Leadership, and the most important thing is be GRATEFUL! 

okay dah nak menginjak ke subuh. Jom solat hajat, istikharah. Semoga Allah izinkan aku meneruskan perjuangan nutrisi ini. Dan semoga Allah hadirkan aku insan yang benar benar mahu berubah hidupnya menjadi seorang yang lebih baik. Turn back to Allah, no matter how far u have go. Allah is just testing you. All come from HIM, Tq Allah, Tq Herbalife! :)