Thank you!

She Wrote It

My photo
Originally from Sungai Petani; currently in Darul Sunnah
A Personal Wellness Coach who picks Herbalife nutrition as food replacement. I've lost 9kgs and improved my skin. I help people to lose weight, gain weight and improve health.

6 APRIL 2013

Bismillah.

Alhamdulillah. Selamat aku menjejakkan kaki ke alam duapuluhsatu tahun secara rasmi. Terima kasih ibu, lahirkan along, kat dunia ni. Terima kasih ayah, sebab besarkan along dan jaga along dan didik along sampai jadi macam ni :')

Yeah harini memang hari yang sangat sangat tiring. Dari pagi sampai ke petang, mulut aku tak berhenti bercakap. Walk n talk, sharing sana sini, setel customer, gossip ngn downline, focus group. Bayangkan, sampai pukul 2 pagi lebih aku setel customer form, coach orang, watsapp aku mmg kelepup kelepap bunyi setiap saat dengan coaching. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. (terima kasih kepada yang selalu mendoakan) =))

Punya lah bizi, habis setel kelas n hantar portfolio, terus aku shoot balik hometown. Follow up semua kat kelab.Masa nak usung luggage tu hanya Allah boleh faham betapa aku penatnya nak ngusung. no problem, KITA ADA TEAMIX PLUS NRG! (btw, 1 liter teamix sama = 30 minit exercise. So, bayangkan kalau minum 2liter teamix. perghhh!) peluh bercerauu tu takyah nak cerita. memang luar biasa kaw kaw punya peluh. ok nvm. bukan ini yang aku nak tulis.

Allah itu Maha Mengetahui. Allah hadirkan ujian demi ujian. sebab Allah tahu, aku kuat. Tak tahu kenapa, ujian aku bertimpa timpa harini. MasyaAllah menangis lah jugak tadi. One by one, Allah lepaskan ujian kat aku. MasyaAllah. teresak-esak lah jugak tadi. Sebab hanya dalam hati aku, apa yang ada dalam fikiran dan betapa jauhnya pandangan aku, Allah saja yang boleh baca. Apa sebenarnya yang terpendam T___T

*oke kejap, minum shake dulu plus NW, semoga 'ditolak' semua stress dan masalah yang ada T__T

Dengan badan letih, otak penat, memanglah stress kan. Tapi aku mmg keep on be positif. alah, ini baru sikit bux bunny. acanooo kalau dah lembik takleh tahan. Ini baru SV dengan 1st cut WT, dah menangis bercucuran air mata dah rasa lemah sangat dah lepas tu rasa nak give up. Kamon! Herbalife is a journey! To build your inner and outer strength! MasyaAllah luar biasa.

Downline pulak macam tak memahami aku langsung. Sedih pulak aku kadang2 tu kita dah tolong macam kalau diorang sendiri tak nampak apa yang aku dah tolong buat untuk diorang. Memang tak nampak effort aku nak tolong diorang ke memang tak tolong diri sendiri langsung? Aku sendiri nak tolong diorang, diorang taknak tolong diri sendiri kenapa? tak nampak lagi ke apa yang aku cuba buat utk mereka? YaAllah dah lari niat ni, buat kerja nak bagi orang nampak ke Bux Bunny? MasyaAllah tarik balik ayat T_T

Menangis aku kali kedua. Bukan soal downlines punya masalah. Ini cerita lain.
TENTANG PENGORBANAN. UNTUK DIRI AKU SENDIRI.

Aku terlalu pentingkan orang lain, dari diri aku sendiri. Aku pentingkan coachee, pentingkan downline, pentingkan customer. Aku TERLALU AMAT SIBUK SESANGAT TAHAP PETALA KE BERAPA ENTAH sampai aku sendiri lupa harini birthday aku. MasyaAllah it's your anniversary!


Aku menjerittt gilaaa kott sebab terharu diorang lekatkan kertas ni kat cermin bilik aku. At least diorang ingat besday aku. Sengaja je aku letakkan  okey, patutpun diorang lepak dalam bilik aku je. puiii korang. Btw, thanks Fadh, Fasihah. Korang downline aku paling osem! Eceh =p

Aku meleleh air mata dalam bilik ibu tunjuk benda ni (nangis kat bilik ibu, padahal downline ada kat bilik aku)

Aku menangis sebab terlalu terharu, sebab aku terlalu fikirkan akan hal orang lain, sampaikan ada jugak orang yang ingat birthday aku T______________T YaAllah sumpah terharu :')

And downline sendiri doakan pulak tu cepat2 Active World Team. YaAllah itu satu doa buat aku. Sememangnya memang impian aku nak ke Herbalife University in Macau tahun ni dengan ibu. Diorang macam tahu tahu ja impian aku. Jadi, tolong Amin kan aku cepat2 AWT. AMIN!

Kali ketiga aku menangis lagi. Haish malam birthday pun asyik penuh dengan menangis je kan T_T

Aku adalah amat amat amat sangat tak tahan bila post meeting dengan ibu. Bila aku report kat ibu apa yang berlaku sepanjang minggu ni kat ibu. berapa orang new customer, apa progress customer, berapa VP, apa next step, apa plan. semua aku cerita. Dan tak kurang jugak, ibu akan cerita pulak ke aku apa yang dia lalui minggu ini tanpa aku. Ha, itu memang buat aku lagi meleleh air mata. Sebab i know that, ibu was very strong to face all the obstacles. SubhanaAllah.

"YaAllah Kau kurniakanlah kekuatan ibu kepadaku. Kekuatan mengandungkan aku sembilan bulan tanpa jemu, kekuatan ibu adalah kekuatan aku untuk ke Jannah bersama ibu, bersama ayah"


Paling tak boleh tahan, bila aku mengadu. "Along rasa sangat pelik bu. Alhamdulillah rezeki minggu ni Allah bagi macam hujan, bu *sambil buat muka separuh nak nangis"

Ibu balas "Mungkin Allah dah jawab doa ibu. Ibu minta siang malam kita dimurahkan rezeki. Ibu nak Along complete target along buat 10,000vp bulan ni. Hari2 ibu doa. Sembahyang hajat, sembahyang Dhuha"

That moment mata aku memang berkaca yang berderai terus. Aku rasa nak peluk dia. Tapi aku tahu, kalau aku peluk dia, drama ni lagi makin panjang, cepat2 aku kaver line fon beteri low. YaAllah soory bu, tak bermaksud pun. Along tahan dah tak tunggu dengar lagi. Sebenarnya along ada downline dalam bilik sana. takkan nak masuk bilik aku dengan mata merah, hidung berair. hehehe

kita boleh 'rasa' kalau kita buat kerja tu ikhlas. Kita sendiri boleh rasa, kalau kita berdoa kpd Allah, kalau kita berikhtiar sehabis mungkin, kalau kita bertawakkal, Allah tunjukkan jalan. Mudah sangat sangat. Dengan dapat wish birthday, "Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur, murah rezeki". YaAllah itu satu doa! :')

Terima kasih kepada pemberi2 semangat aku. Kiri kanan depan belakang. Upline, Downline, Sideline. Ahh Team Mates , korang memang osem! Terima Kasih, Hanya Allah mampu balas jasa kalian :)

aku belum tidur lagi. dah pukul empat pagi. pukul 5,30 pagi nak bertolak dah pi Bootcamp. Dengan nak jadi MC pulak besok. MasyaAllah semoga dipermudahkan

Goodnight and Assalamualaikum :))


No comments: