Actually, sekarang adalah bukan masa yang sesuai untuk menulis. tapi dalam hati ni jerit jerit cam hapa lagi mintak buat entry. Now is 3.30am. Thanks NRG, products works! heheh
bila sembang pasal study. kekadang aku tanya la diri aku. eii kenapa la aku tak pandai2 eh? kenapa la aku ni susah sangaaat nak flying colourrsss. erghhh org lain baca buku seketoi sekali je dah lekat masuk kepala. aku ni sampai kena rebus, jampi2, tulis note keliling buku itupun belum tentu nak ingat. T_T
pastu dalam down down macam ni, stress nak study mulalah penyakit SOL datang. PENYAKIT SALAHKAN ORANG LAIN.
"alaa aku salu dapat markah rendah dalam exam sebab lecturer tu bukan suka aku pun. dia mmg aim aku punya lah. salah aku semua dia nampak. aku ni mmg black sheep dia pun"
" notes yang geng geng flying colours tu dapat dari IPG lain tau. Modul tu dorg share senyap2. Dorang takda nya nak share ngn kelas lain"
"dorang dapat soalan spots. alaaah kalau dah main hafal jawapan untuk exam dari soalan bocor, siapa pun boleh dapat A kan?"
OKAY TIPU KALAU KORANG TAK GUNA AYAT MACAM NI BILA DOWN. KAN?
well. frankly speaking aku mmg otak mcm ni. yes! serious. semua benda aku buat kira macam aku jelah yang buat ni asyik salah sebab orang lain punya salah. BUKAN AKU. teruk gilaaa -____- sampaikan ada pernah skali tu dulu aku pernah iron baju pastu lupa nak switch off the iron and bila ayah start membebel "nanti terbakar laa, iron rosak over heated la...bla bla bla"..aku boleh je jawab lek lek lek camni "alaaa angah tu selalu sangat tak tutup iron. takpa pun?" ok aku rasa sewajarnya ayah kasi aku pelempang laju laju waktu tu :P
that was before.
untill one day. aku pergi satu STS kat Alor Star (masa tu baru Senior Consultan dalam Herbalife, i keep on going to events je dan semua events n training aku pergi sebab upline cakap, tak akan jadi Supervisor kalau tak pergi event so aku bodo bodo ikut). what happen, dengan perangai yang entah apa2 lagi waktu tu, mindset pun macam tak berapa nak strong, positivity takda langsung, attitude ZERO, entah macam macam mana ditakdirkan buat julung julung kalinya aku jumpa "15k EXEC PRESIDENT TEAM MEMBER, HAJAH KAMILAH (aunty kamilah)"
(gambar ni diambil bulan disember 2012, and Alhamdulillah February 2014 aku jadi Supervisor)
Aku jadi orang paling teruja gila bila dapat jumpa "golongan golongan artis dalam Herbalife". well our company ada "artis" kita sendiri. bukan artis yang famous dengan cara menghiburkan orang lain, tapi ARTIS YANG FAMOUS DENGAN MENGUBAH HIDUP PALING RAMAI ORANG DALAM MALAYSIA. sebab tu aku eksaited. sebab bila aku pergi dengar speaker mcm ni, adalah masuk akal kalau aku sendiri akan "terubah" hidup aku. InsyaAllah.
Soalan : so, apakah pulak kena mengena Aunty Kamilah dengan ubah hidup hang Bux?
Aku : Sebab tajuk aunty Kamilah nak share haritu adalah pasal penyakit SOL. penyakit salahkan orang lain..bunyi gaya2 student medic nak buat presentation dalam kelas pasal jenis jenis penyakit masa kini LOL
aku pun dah lupa apa detail detail yang aunty Kamilah share haritu. Tapi secara konklusinya yang boleh lekat dalam kepala otak aku atau secara rumusnya apa yang aku dapat haritu dari STS Aunty Kamilah, adalah pasal attitude SALAHKAN ORANG LAIN. which means, DIRI SENDIRI TAK PERNAH SALAH, ORANG LAIN SALAH.
ok serious bunyi.
okay tak ni rilek je.
serious. serious
aku macam tersentap tertusuk terkena terhadam terasa lah gila lah punya bila aunty Kamilah buka isu ni. sebab aku sendiri orang yang jenis macam ni. One of the thing dia cakap macam ni
"Kalau harini, awak lahir dalam keluarga yang miskin, itu bukan salah awak. tapi kalau awak mati dalam kemiskinan, itu salah awak"
aku termenung panjang.
dari kita lahir, sampai kita mati, Allah bagi kita masa nak ikhtiar mana nak berusaha, mana nak cari pendapatan, mana nak cari kerja, mana nak improve diri, takkanlah kau tak jumpa langsung? Katakan 60 tahun hidup atas muka bumi, takkan 10 tahun pun tak reti nak berusaha untuk majukan diri?
Allah pun ada berfirman "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d:11
Seriously. That was the first serious thing that i save in my mind. HER WORDS.
See? Allah swt tak terus sahaja turunkan ayat yang mengatakan nasib manusia itu tidak akan berubah langsung walau dia buat apa jua usaha dan ikthiar. Ini menjadikan manusia selepas itu akan hidup lara je...tak nak bekerja, tak nak cari makan utk anak bini dan keluarga, tak mau beribadat dan apabila ditanya mereka akan jawab, "... dah itu nasib aku, buat apa apa pun takkan berubah".
so, tak malu ke kalau nak jawab ngn Allah nnti (contoh kalau Allah tanya : Hei kamu sebagai anak sulung kepada ibu bapa. Kamu sebagai contoh, pendukung misi keluarga, harapan ibu ayah, kenapa kamu tak buat dan ikhtiar sehabis mungkin untuk keluarga kamu? )
pastu takkan nak jawab " Dah takdir, lahir2 memang takda kereta. Ibu ayah memang asal orang kampung, diorang memang takda pelajaran. So macam susah sikitlah nak usaha tu. sebab diorg takda ilmu. saya sorang ada ilmu camna nak survive"
MasyaAllah takkan nak jawab dengan jadi manusia yang masih nak salahkan orang lain kan? nauzubillah. Ibu dan ayah yang tak berdosa pulak dipersalahkan. Nauzubillah. Jangan jadi anak derhaka.
okay tu contoh je aku bagi.
actually banyak gila lah benda yang kita macam sedar tak sedar memang suka salahkan orang lain.
Bila duit elaun time hujung hujung sem habis dalam bank, mulalah maktab yang disalahkan. kena bayar itu, kena bayar ini. Habis, kalau tak pergi tengok wayang ngn kawan, beli baju baru, beli handphone baru,belanja boyfriend makan tengahari kat restoran lima bintang konon nak date suwit suwit, ada pulak duit? SALAH SIAPA?
Bila start business slow down pastu mengadu dengan upline "kenapa makin lama business cam turun je. dorang suma dah taknak herbalife. dorang suma dah give up. dorang suma dah tak ada duit nak beli." nak jugak salahkan customer takda. Padahal diri sendiri taknak pergi improve basic skills yang ada dengan training, dengan focus group, dengan kerja lagi kuat buat DMO lain. SALAH SIAPA?
Bila diri sendiri nak lose weight pastu bajet cam ala ala "bukan salah aku yang buat aku gemuk". hah ini aku paling baran. Eii geram. tapi takpa, orang gemuk memang selalu ego (sebab aku pun macam tu dulu wakaka). paling takleh tahan " alaaa aku ni dah memang lemak tepu ni. lagi pun memang keturunan gemuk pun. tengoklah mak ayah, kitorg memang ratusan kilo. arwah atuk nenek pun macam tu" MasyaAllah. ketap bibir aku nak lawan balah ngn orang macam ni. sampai ke situ pemikiran diorang. AKU GEMUK SEBAB MAK AYAH ATOK NENEK AKU GEMUK. SO WHAT? bila aku tnya balik " akak, masa mak akak lahirkan akak dulu memang lahir lahir tu gemok dempol eh? ke memang masa dalam perut lagi doctor sahkan INI JANIN OBESITI!" ada ke? -________- masalahnya skarang bukan SALAH KETURUNAN, TAPI SALAH CARA PEMAKANAN YANG DIAMALKAN DALAM KETURUNAN/FAMILY. faham?
haa semua dah capslock. hamekaw. terdiam
so, apart from Aunty Kamilah's talk that day. aku start ubah Penyakit Salahkan Orang Lain dalam diri aku. apa yang berlaku skarang ni kat diri aku, adalah salah aku. Aku naik bodyfat 2% haritu, salah aku sebab AKU PILIH UNTUK MAKAN KFC instead of minum shake je malam tu. aku punya result dapat teruk sampai kena repeat paper linguistic masa SEM 2, itu salah aku. sebab aku study last minute n main main tak focus. apa yang berlaku dalam hidup aku, adalah kesan/salah aku sebelum sebelum ni.
Semoga Allah ampunkan dosa aku, kedua ibu bapaku, keluargaku, seluruh sahabat handai guru-guru ku, serta semua muslimin dan muslimat kalau kalau ada yang ter ada penyakit SOL, pastu buat dosa dengan SALAHKAN ORANG LAIN. MasyaAllah.
Yang baik datang dari Allah, dan buruk datang dari aku. Selamat malam. Salam Maal Hijrah.
Jom berubah :)
HERBALIFE CHANGING PEOPLE'S LIFE. ASK ME HOW 013-5231350